Thursday, February 24, 2011

Saya Mahu iPad percuma dari Mysuperkids.net

Ya Allah, Saya Mahu iPad Dari Blog MySuperKids.net.

Sejujurnya Apple iPad adalah diantara item dalam Wish List 2011 saya. Dah dalah Wish List, memang la sebuk duk cari review iPad. Antara review yang saya baca adalah dari blog mysuperkids.net pemiliknya MommyLyna, bertajuk iPod Touch, iPhone, iPad, MacBook Pro Mini Review. Review MommyLyna simple, takdelah teknikal, so saya suka. Saya ni nama je bergelumang dengan bidang teknikal, huhu.

ipad

soon, will be mine!

Bila mana saya membaca enrty MommyLyna tentang iPad Percuma (Bernilai RM1549) – Pembaca MySuperKids , memang saya yakin ianya memang jodoh saya dengan iPad semakin dekat, tanpa lengah terus saya register.

Sebelum ni saya cakap dengan en Hubby, “bang, ayg nak iPad”. Suami saya diam, tak pasti la diam wat derk atau diam setuju. Tapi agak2 macam 80% wat derk. Takpe, saya akan dapatkan sendiri iPad tu! Itu azam saya. Dengan menggunakan teknik THE SECRET a.k.a Law of Attraction, saya yakin seluruh alam akan memihak kepada saya termasuk MommyLyna!

Entry mommyLyna betajuk iPad Percuma (Bernilai RM1549) – Pembaca MySuperKids memang menghatui saya! Sehari sebelum entry tu saya dah mimpi guna Ipad. Lepas je entry, 2 hari berturut2 saya mimpi Ipad lagi. Saya memang dah parah! Saya dapat rasakan Law Of Attraction semakin menular dalam darah saya!

Semasa post MommyLyna audition bermula,[iPad MySuperKids] Audition Bermula Di Sini , saya dekat departure hall Miri Airport nak ke KL. Habis baca entry saya naik flite. Tempat duduk saya 23A. Tiba2 je sorang pak cik matsaleh duduk tepi saya. Lantak la sapa duk tepi saya, saya nak tidur, letih sgt masa tu. PAP! Tiba2 dia keluarkan iPad. Isk3x pak cik ni macam tahu2 je aku duk ushar iPad. Saya jeling2 je, bila dia mcm tengok saya duk ushar iPad dia, saya cepat2 tengok tingkap flite tu. Isk, perasan ke matsaleh tu…. Nampak sgt aku mengidam – pembawakan budak?

Memiliki iPad memang BEST. Saya dah dapat rasakan macamana jemari ini menggunakan touch screen Ipad. Saya dah review, ViewPad , Samsung Galaxy Tab, Inote… iPpad jugak pilihan hati saya. Bila pegang iPpad rasa lagi sesuai walaupun semua tu ada fungsi yang ada pro and cons.



http://a3.phobos.apple.com/us/r1000/033/Purple/83/a7/69/mzl.ukezyjtq.480x480-75.jpg
Quran in iPad Application

Kenapa saya nak sangat iPad? Habit saya, bila travel saya akan bawak Quran bersama. Pernah jugak terbawak masuk toilet. Astaghfirullahazimmm… penah dekat Pudu, nak masuk toilet saya tinggalkan quran atas public phone, keluar toilet saya terlupa nak ambil Quran, jenuh dah naik bas, saya berlari amik balik Quran. Bukan takut orang ambil, tapi takut orang tak menjaga Quran atau dibuang. Penah juga naik flite, terletak beg yang ada Quran dikaki – ni kes terlupa bukan sengaja! Semoga Ipad yang bakal saya miliki ni buatkan saya lagi senang bawa “Quran” bersama kemana2. Takde lah saya kena tinggalkan sebelum masuk toilet :p. Best, boleh baca dalam gelap, dalam flite atau dimana2. Bonus, saya teruja dengan application for muslim dekat iPad! Best Free iPhone Apps Untuk Ibu Muslimah by MommyLyna.



http://nigelfeatherstone.files.wordpress.com/2010/01/ipad1.jpg
Book Shelf! tak sabar!

Saya memang jatuh hati dengan “Library”. Book Shelf iPad memang mengujakan! Wargghhhhhhh!

Saya suka membeli buku dan membaca. Tapi kalau nak banding membeli buku dan membaca, saya lebih suka beli buku. Hubby pernah komplen, beli banyak2, baca tak habis, beli lagi. Saya pernah jawab, buku ni baca half, buku tu baca half, jadi la satu buku. Dengan adanya iPad, saya akan lebih banyak membaca dan harapnya senang nak travel dengan “buku-buku” tu. Tak payah ada org membebel nak balik kampong beg berat dengan buku saya dan anak2!



http://www.childmode.com/wp-content/uploads/2010/08/babywithipad.jpg

Biasalah anak2 zaman moden. Saya jatuh hati dengan Child Education application dengan Ipad.

Flash card, reading game, memory game semuanya membuat saya terliur. Pernah jugak Iman Iffah try application Apple, end up saya kena pujuk dia letak balik gajet ni. “Nanti kita dapatkan satu ya” pujuk saya. Dalam hati saya, bukan pukuk main2. InsyaAllah saya akan dapatkan iPad! Ya, percuma dari Blog Mysuperkids.net!


Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

1 comment:

nur said...

semoga berjaya.. tapi ada satu je yang menjadi rebutan..
JOM KE: ALL IN ONE