Sunday, May 24, 2009

Update terkini

Bismillah.....

Lamanya ibu tak menulis.... mcm2 sebab, takde internet kat rumah, terlalu bz, tak cukup tangan, malas... hehe...
yelah, ibu rasa sebab utama takde internet n tak sempat lah... internet kat ofis ada, tak kan nak guna sewenang2nya... setakat transfer duit kat mak tok, etc ok lah... at least save masa kat ofis, tak kena keluar ke bandar.... maksudnya tak de la mengular... kan kan.

byk sebenarnya nak di update...

mula2 update pasal kakak Iman Iffah.
conclusion yg ibu boleh bagi (aik.. takde cerita tiba2 je conclusion....) !... pada ibu2 bapa2... dont ever underestimate yr children. Ini pengajaran pada ibu sendiri... ibu mmg dah tahu... dah byk baca artikel fasal perkembangan awal bayi & kanak2 still buat perangai yg sama, fikir benda yg sama. Always sgt fikir "takpe, anak ibu kecik lagi... tak tahu lagi tu, nantilah tunggu besar, etc..."
Kakak iman sekarang umur 2 tahun 10 bulan, tapi byk dah yg over expectation ibu. Nanti ibu listkan satu persatu, supaya nanti kakak iman boleh tahu, & tua2 nanti semua dah besar, ibu boleh tersenyum sendiri ingat zaman2 baby anak2.

Kakak Iman boleh kenal ABC with its phonics sound bila umur 2 tahun 7 bulan (may be ada org lagi awal.. tak kesah la.. ini anak ibu). Sekarang dah start kenal Aa, Baa, Taa (iqra)...
Mmg ibu dari Kakak Iman baby, ibu beli buku. Dari kecik, ibu nampak kakak Iman suka buku... may be sbb dari dalam perut ibu suka membaca...(mana tak nya... duk sorang2 kat rumah, ayah offshore, bukulah kawan ibu). Tapi buku tak byk membantu. sbb apa ibu kata mcm tu ?...
sbb Kakak Iman pandai ABC, Aa Ba Ta, not from books, but watching VCD!... conclusion ke 2 entry ni, Kakak Iman's learning style --> through VCD...

pagi tadi, kat ofis ibu ada pertandingan Tilawah peringkat Miri. Disebabkan ibu duty, ibu bawak kakak Iman sama.... nak expose kakak dgn aktiviti2 mcm ni. Bila tgk org kat astaka tu, ibu tanya kakak Iman "Kakak Iman nak baca quran mcm tu?"... "nak... "... so target ibu bulan ni, nak belikan VCD iqra vol 2.

lagi perkembangan kakak Iman, Kakak iman dah berak/kencing kat toilet . dah pandai walaupun kadang2 ibu yg pemalas... yelah, kadang2 adik duk nangis, so ibu sgt risau kalau kakak sorang2 dalam toilet.... so, nak selamat pakai je pampes. teruknya ibu!

kakak sgt banyak ckp.. pot pet pot pet...
takde seminit yg duk diam kalau tak tidur. tapi ibu tgk kakak ni sgt extrovert kat rumah, tapi sgt intovert kat luar. kalau dgn org, kakak diam je, muka masam mencuka... so after discussion with ayah last month, kakak iman dah selamat ayah register kat Smart Readers Lutong!...
harap2 ada berkembangan yg bagus. Ibu n ayah tak harap pun kakak pegi belajar akademik sgt... to small la sayang (ha.. tgk tu, underestimate lagi!).. ibu harap more kepada pergaulan, berkawan, tak takut, etc.

hari ini ibu fikir2 kan... iman dah dpt belajar akademik kat sekolah (ABC, 123, Reading, etc), so ibu tak kan tekankan sgt benda2 yg sama. Ibu rasa ibu perlu focus kepada keagamaan di rumah, Kenal Allah, Nabi, belajar solat, alquran, etc... Ibu nak anak2 ibu membesar dalam keadaan balance dunia n akhirat. Ibu impress sgt bila dgr budak dpt hafal alquran pada usia 4 tahun. target ibu, iman dpt baca quran sblm umur 4 tahun!...sahut cabaran ibu sayang!...

ibu suka sgt bila ibu tanya & iman jawab (slalu conversation ni dalam kereta nak pergi ofis or balik dari ofis)
Ibu: siapa tuhan kita kakak?
Iman Iffah: Allah
Ibu : kakak sgt pandai!

Ibu : siapa nabi kita?
Iman Iffah: Muhammad
Ibu : sallahu alaihi wassalam. Pandai sayang!

Ibu: siapa jadikan pokok2 tu?
Iman Iffah: Allah (sambil lompat2 dalam kereta)
Ibu : Pandai la anak ibu ni sgt2...

dan seterusnya....

moga2 anak2 ibu membesar dgn Iman didada.

Ameen...

insya Allah ibu tulis perkembangan Iqbal pulak nanti.. :) see ya!